PLEASE....forgive me...
FORWARD :
6 Perkara Allah Sembunyikan
Bergelinang air mata saya membaca kisah ini...
Subahanallah....kecilnya dan siapa lah kita jika dibandingkan nikmat yg Allah berikan...
Ya Allah, ampunilah dosa2 kami ya Allah...
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124,
000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk
yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah
yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah
yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail,
akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk
melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai
Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam
taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang
Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian,
sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal
jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala
seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun.
inshaAllah...
p/S: JGN LUPA DARI MANA ANDA DTG...dan kpd siapa anda akn kmbali...